Pelancaran

Mesyuarat pelancaran Koperasi Perkhidmatan Perguruan Kebangssan Berhad (KPPK Bhd) telah diadakan pada 17 Dis 1994 di Dewan Maktab Koperasi, Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor. Pelancaran ini telah dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Kebangsaan dan ahli-ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (KPPK SM). Turut hadir untuk merasmikan penubuhan KPPK Bhd adalah YB Datuk Mohd Nor bin Rejab, Setiausaha Parlimen, mewakili Menteri Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi. Dalam pelancaran ini Anggota-Anggota Lembaga telah dipilih untuk menguruskan pendaftaran KPPK Bhd seperti berikut:

  1. Sdr A Rajaguru (Pengerusi)
  2. Tuan Hj Ajidan b. Hj Hashim
  3. Sdr P Ramanathan
  4. Sdr Phua Bok Meng
  5. Sdr Abdul Manap b. Hj Ahmad
  6. Sdr Siva Subramaniam
  7. Sdr Wong Boon San
  8. Sdr Matthew Ng
  9. Sdr Vee Nge An
  10. Sdr R Kandasamy
  11. Sdr K Vijayasuriar
  12. Sdr Jerome Fernandez
  13. Sdr K Ramakrishnan
  14. Sdr Mohd Ali Mohd Ibrahim
  15. Sdr Ravindran Nair

Pendaftaran

Proses pendaftaran telah mengambil masa yang panjang kerana semasa itu Jabatan Koperasi sedang dalam proses membuat pindaan Akta Koperasi dan kami juga diminta untuk membuat pindaan kepada Undang-Undang Kecil Koperasi beberapa kali. Akhirnya kelulusan telah diberi oleh Pendaftar Koperasi Wilayah Persekutuan pada 6 April 1996 (Bil Daftar W-6-2269).

Penghargaan

Anggota Lembaga telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada 6 Julai 1996. KPPK Bhd merakamkan penghargaan kepada yang berikut:

  • Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Malaysia
  • Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Semenanjung Malaysia
  • NUT Multi Purpose Coop Bhd
  • Koperasi Guru-Guru Kerajaan