Sehingga Disember 2009, KPPK Bhd mempunyai ahli sebanyak 3256 yang terdiri daripada yang berikut:

BIL

NEGERI

JUMLAH

1

Selangor

1014

2

Wilayah Persekutuan

260

3

Negeri Sembilan

352

4

Perak

333

5

Kedah

358

6

Melaka

311

7

Pahang

174

8

Johor

220

9

Kelantan

87

10

Pulau Pinang

64

11

Terengganu

53

12

Perlis

10

13

Sabah

12

14

Sarawak

8

 

JUMLAH

3256

A. Kelayakan Menjadi Anggota

  1. Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada ahli atau kakitangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Semananjung Malaysia yang berumur tidak melebihi empat puluh sembilan tahun.
  2. Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:
    (a) warganegara Malaysia;
    (b) telah mencapai umur lapan belas tahun;
    (c) bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
    (d) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
  3. Seseorang anggota yang bersara daripada perkhidmatan boleh meneruskan keanggotannya.

B. Permohonan Menjadi Anggota

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.

C. Fi Masuk

  1. Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM30.00 (Ringgit: Tiga Puluh). Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
  2. Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM50.00 (Ringgit: Lima Puluh).
  3. Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota dalam masa enam bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk.

D. Ikrar Anggota

  1. Seseorang yang memohon untuk menjadi anggota hendaklah diminta menandatangani suatu ikrar bahawa dia:
    (a) akan terikat dengan Undang-undang Kecil dan aturan-aturan aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan;
    (b) bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;
    (c) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar; dan
    (d) tidak pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
  2. Mana-mana pemohon yang enggan menandatangan ikrar tersebut tidak boleh diterima menjadi anggota.

E. Penama

  1. Tiap-tiap anggota Muslim hendaklah menamakan seorang wakil di sisi undang-undang untuk menerima setelah dia mati, wang yang terhak baginya di dalam Koperasi ini bagi diagihkan kepada waris yang berhak mengikut hukum Islam.
  2. Tiap-tiap anggota yang bukan Muslim hendaklah menamakan seorang atau lebih daripada seorang sebagai penama.
  3. Anggota itu boleh dari semasa ke semasa membatalkan atau menukar penamaan tersebut dan hendaklah memberitahu Koperasi akan perubahan, jika ada, mengenai penamaan itu.
  4. Penamaan hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi.
  5. Tertakluk undang-undang kecil 11, seseorang penama boleh diterima menjadi anggota dan penama yang demikian itu hendaklah dianggap telah menjadi anggota mulai tarikh anggota yang digantikannya itu diterima sebagai anggota.