Aktiviti Utama

(a) Menggalakkan sikap berjimat cermat di kalangan anggota.
(b) Mengadakan kemudahan untuk membolehkan anggota-anggota menyimpan sebahagian daripada pendapatan dan memberi pinjaman kepada anggota bagi maksud yang berfaedah.
(c) Melaburkan wang berlebihan dalam perkara-perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta.
(d) Menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan.
(e) Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya.
(f) Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain.
(g) Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan.

Pengisytiharan Dividen Di atas Modal Syer/Yuran

Tahun 2004 - 5% di atas modal syer
  - 1% di atas yuran
Tahun 2005  - 4% di atas modal syer
  - 1% di atas yuran
Tahun 2006 - 4% di atas modal syer
  - 1% di atas yuran
Tahun 2007 - 5% di atas modal syer
  - 1% di atas yuran
Tahun 2008 - -
Tahun 2009 - 1% di atas yuran
  - 3% di atas yuran - tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Pinjaman

KPPK Bhd menyediakan kemudahan kewangan untuk membantu anggota-anggota semasa kecemasan. Semua anggota KPPK Bhd layak memohon pinjaman selepas 6 bulan menjadi anggota. Jenis pinjaman yang boleh dipohon adalah seperti berikut:

Jenis Pinjaman

Jumlah Maksimum

Penjamin

Tempoh Bayaran Balik (Maksimum)

Pinjaman Tergempar

RM6,000.00

Tanpa Penjamin

30 bulan

Pinjaman Persendirian

RM25,000.00

3 Orang

72 bulan

Pinjaman Persendirian Tanpa Penjamin

RM25,000.00

Tanpa Penjamin

72 bulan

Pinjaman Insentif (untuk anggota-anggota baru)

RM2,000.00

Tanpa Penjamin

10 bulan

Untuk membantu kalangan anggota yang tidak dapat menyediakan penjamin, KPPK Bhd telah mewujudkan satu Tabung Penebusan Pinjaman. Anggota perlu menyumbang sebanyak 3% daripada jumlah pinjaman untuk mendapat perlindungan tersebut. Sehubungan dengan itu KPPK Bhd juga mendapat perlindungan Tabung Penebusan Pinjaman daripada Takaful Ikhlas Sdn Bhd yang melindungi dalam aspek kematian dan keilatan kekal.