BERITA KPPK BERHAD


PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL KPPK BHD. yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 22 Ogos 2011.

PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL

Terhenti menjadi anggota

21. (2) Lembaga hendaklah menyingkir seseorang anggota yang

(e) gagal menjelaskan yuran tiga bulan berturut-turut dengan tiada kebenaran Lembaga menurut undang-undang kecil 56 untuk anggota yang belum bersara.

(3) Anggota yang telah bersara tidak dimestikan membayar yuran bulanan, tetapi mesti mempunyai sekurang-kurangnya baki yuran sebanyak RM500.00.

 

Pemilihan perwakilan dan urusan mesyuarat agung kawasan

26. (6) Kuorum bagi mengadakan mesyuarat agung kawasan hendaklah satu pertiga daripada jumlah anggota yang layak menerima notis mesyuarat dalam kawasan yang berkenaan atau dua puluh mengikut mana yang kurang. Sekiranya dalam masa tiga puluh minit selepas waktu yang ditetapkan bagi mesyuarat itu bilangan anggota yang hadir belum cukup kuorum, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan perwakilan tidak boleh dipilih dan hilanglah hak perwakilan kawasan itu.

 

(7)  Dibatalkan.

Yuran

56.   Yuran bulanan anggota seperti yang diperuntukkan menurut perenggan 50(c) Akta hendaklah sekurang-kurangnya RM30.00 (Ringgit: Tiga Puluh) sebulan.  Tiap-tiap anggota boleh membuat bayaran yuran yang lebih mengikut aturan jimat-cermat dan pinjam-meminjam yang dibuat oleh Lembaga dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan.

 

Undang-undang Kecil 21 (3)

Untuk melaksanakan Undang-undang Kecil tersebut di atas, pesara yang mempunyai yuran kurang daripada RM500.00 harus menambahkan yuran sehingga RM500.00.  Pesara yang mempunyai yuran melebihi RM500.00, ada pilihan sama ada mengeluarkan yuran lebihan itu atau terus menyumbang yuran bulanan seperti biasa.  Undang-undang Kecil ini tidak akan diguna pakai untuk semua Anggota Lembaga.

 

Dividen

Dividen yang diisytiharkan pada tahun 2010 adalah 5% di atas syer modal dan 0.5% di atas syer yuran telah di luluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 22 Ogos 2011. Semua dividen telah dikreditkan ke dalam akaun anggota masing-masing.

 

Borang Penama

Dengan ini dimaklumkan bahawa masih ada ramai anggota yang belum mengisikan Borang Penama tersebut.  Sila ambil tindakan segera untuk mengisi borang ini yang disertakan dan hantar  ke pejabat KPPK Bhd.

Statistics

Content View Hits : 30570

Who's Online

We have 1 guest online