Kepada :

Semua Anggota

KPPK Bhd.

Sdr./Sdri.,

 

Pelaksanaan Tabung Khairat Kematian KPPK Bhd.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-19 yang diadakan pada 12 Jun 2015 telah meluluskan pelaksanaan tabung tersebut.

Cadangan pembayaran pampasan adalah seperti berikut:-.

 

Jumlah Tuntutan Kematian

Tempoh Keanggotaan

RM300.00

5 tahun / melebihi 5 tahun

RM100.00

kurang daripada 5 tahun

Tarikh kuatkuasa 1hb Julai 2015

 

Perwakilan berpendapat bahawa pampasan yang dibayar adalah terlalu rendah.  Oleh yang demikian, perwakilan dengan sebulat suara bersetuju untuk menyumbang RM3.00 sebulan untuk menambahkan Tabung ini.  Dengan penambahan sumbangan ini, pembayaran pampasan ini akan bertambah. Perbincangan penambahan bayaran pampasan akan dibincang dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-20 pada bulan Jun 2016.

 

Cara pelaksanaan pembayaran adalah seperti berikut:-

 

a) Untuk anggota yang sedang berkhidmat, potongan bulanan RM3.00 melalui BPA mulai bulan September 2015.

b) Untuk pesara/staf NUTP, pembayaran adalah dipotong daripada simpanan yuran setahun sekali, iaitu RM36.00.  Sekiranya baki yuran tidak mencukupi,    anggota tersebut perlu membuat bayaran tahunan itu secara sendiri ke koperasi.

 

Sekian, terima kasih

 

Yang menjalankan tugas,

 

LAI KAM HAY

Setiausaha KPPK Berhad